fbpx

Photographer Kelantan: LuqPhotography [10 Kelebihan]

Saya mula terjebak dalam bidang fotografi bermula dengan kawan-kawan sendiri. Awalnya dari minat bermain kamera untuk menghasilkan gambar-gambar yang aesthetic. Pada masa yang sama, beberapa orang kawan saya turut sama meminati bidang photography. Mereka pun ada mengambil tawaran kerja sebagai photographer wedding. Jadi, dari situ, bertambahlah lagi seorang photographer Kelantan. Saya banyak mengikuti mereka ke event dan majlis perkahwinan sebagai assisstant photographer. 

Hasil pemerhatian, saya dapati bahawa menjadi assisstant photographer sangat membantu untuk memulakan kerjaya sebagai seorang photographer, tidak kira secara part time atau full time. Saya banyak belajar dari mereka untuk menambahbaik hasil gambar yang saya rakamkan.

Jenis fotografi yang saya lakukan?

Kalau nak diikutkan, ada pelbagai jenis photography dalam dunia ni. Tapi yang paling saya fokuskan adalah wedding photography, event photography dan juga product photography

Saya percaya bahawa majlis perkahwinan adalah acara yang paling menggembirakan bagi saya kerana ia melibatkan begitu banyak emosi dan acara yang berbeza dari upacara, persiapan, dan semuanya. Saya teruja untuk menangkap setiap saat dari awal hingga akhir!

Apakah cabaran menjadi seorang photographer?

Jurugambar berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang menjalan tugasan. Satu masalah utama adalah kekurangan masa untuk mengambil gambar secukupnya. Jurugambar mungkin perlu pergi dari satu lokasi ke lokasi lain dalam waktu yang singkat. Ini boleh menjadi sangat mencabar dan melelahkan bagi seorang jurugambar sekiranya mereka tidak terbiasa dan tidak tahu bagaimana menguruskan waktunya dengan cukup baik.

jurugambar kelantan

Permintaan pasaran untuk photographer Kelantan?

Sehingga hari ini, permintaan untuk fotografi terus meningkat di pasaran. Hal ini kerana peningkatan teknologi dan kesedaran orang ramai akan pentingnya gambar yang menarik. Teknologi yang lebih baik akan menghasilkan gambar yang lebih cantik dan menarik. Tak semua orang ada kamera, bakat dan dedikasi untuk mengambil gambar sepertimana seorang wedding photographer profesional.

Adakah menjadi seorang photographer suatu pekerjaan menarik?

Saya berpendapat bahawa menjadi seorang jurugambar perkahwinan adalah pekerjaan yang sangat baik. Ia bukan sahaja membolehkan anda mengekspresikan kreativiti anda tetapi juga membolehkan anda meletakkan diri anda dalam persekitaran yang anda gemari.

Fotografi adalah bentuk ekspresi yang kreatif dan artistik. Jurugambar dapat menangkap keindahan persekitarannya dan membuat seni dengan gambar mereka. Ini bukan hanya pekerjaan yang sempurna untuk seseorang yang suka mengambil gambar tetapi juga bagi mereka yang ingin dikelilingi oleh subjek yang boleh dipancarkan keindahannya melalui gambar.

10 Kelebihan menjadi jurugambar perkahwinan Kelantan

wedding photoshoot in malaysia

1. Bekerja dari rumah dengan waktu fleksibel

Sekiranya anda memilih untuk bekerja sebagai photographer produk, kebanyakan masa anda akan berada di rumah. Masa anda banyak digunakan untuk merakamkan gambar produk terbaik bagi klien. Jadi, terserah kepada anda untuk menguruskan masa sendiri. Yang penting, anda dapat penuhi permintaan klien sebelum deadline.

2. Lebih banyak peluang untuk menjana wang

Menjana wang melalui fotografi mempunyai pelbagai cabangnya yang tersendiri terutamanya bagi photographer Kelantan. Anda bukan hanya akan dibayar berdasarkan kepingan gambar yang ditangkap. Bahkan, anda boleh mengambil upah lebih bagi penyuntingan gambar supaya lebih cantik dan menarik. Ada juga photographer menyediakan album gambar, jualan gambar melalui laman web koleksi photo dan pelbagai lagi cara yang lain.

3. Gambar dihargai sepanjang hayat

Menjadi pilihan oleh pasangan pengantin untuk merakamkan gambar dan kenangan manis mereka pada hari kebahagiaan adalah satu penghormatan. Bermula dari pre wedding photoshoot, majlis bertunang, bersanding dan post wedding. Mereka akan kenang dan tatap gambar itu sehingga akhir hayat. Jadi, selagi itulah hasil kerja anda akan dihargai oleh pasangan pengantin.

4. Photographer Kelantan: Dibayar untuk melancong

Photographer dibayar untuk melancong? Betul ke? Ya, sekiranya klien berada jauh dari lokasi photographer, sesetengah photographer akan menerima job tersebut sekiranya kos perjalanan ditanggung oleh klien. Saya beroperasi kebanyakannya di Kelantan. Tapi ada klien dari Sabah ataupun Kuala Lumpur ataupun Penang yang berminat untuk menggunakan khidmat saya. Menarik, bukan? Kalau hasil kerja photographer diharga sebegitu sekali, anda memang sangat beruntung!

photographer kahwin

5. Berjumpa dengan ramai orang

Memandangkan photographer adalah sejenis pekerjaan bersifat servis, mahu atau tidak anda akan perlu berjumpa dengan orang lain iaitu klien anda. Ini adalah satu kelebihan kerana photographer berpeluang untuk kenal lebih ramai orang. Dari situ, lebih banyak peluang untuk mencipta pengalaman hidup dalam mengurus kerenah klien.

6. Mendapat bayaran untuk melakukan hobi

Biasanya seseorang bermula dari minat atau hobi, sebelum menceburkan diri dalam industri sebagai photographer. Jadi, secara langsungnya jurugambar dibayar untuk melakukan hobi mereka; sesuatu yang mereka minati iaitu mengambil gambar. Oleh itu, anda tidak akan merasa terpaksa untuk melakukan kerja tersebut.

7. Kos permulaan yang rendah untuk photographer Kelantan

Kos permulaan untuk menjadi jurugambar adalah rendah. Ia tidak memerlukan banyak wang, melainkan kemahiran lain yang dapat dipelajari melalui pengalaman. Kos permulaan berbeza-beza bergantung pada peralatan apa yang sudah anda miliki atau jika anda ingin membeli peralatan baru.  Ini adalah peluang pekerjaan yang besar dan senang bagi mereka yang ingin bermula dari kosong. Oleh sebab itu senang untuk jumpa photographer murah, tetapi pertimbangkan juga kualitinya.

8. Dapat menghayati hari bahagia pasangan pengantin

Kelebihan menjadi jurugambar perkahwinan ialah anda bukan sahaja akan mengambil gambar tetapi anda juga dapat mengalami dan menikmati saat-saat itu. Mereka dapat menyaksikan detik-detik paling menggembirakan dalam hidup pasangan pengantin. Betul, fotografi perkahwinan bukan sekadar mengambil gambar tetapi mencipta kenangan untuk semua orang yang terlibat.

wedding photoshoot malaysia

9. Menyerlahkan kreativiti photographer Kelantan

Selain itu, jurugambar berpeluang untuk meneroka dan menyerlahkan kreativiti mereka melalui fotografi. Bagi sesetengah orang, ini boleh menjadi profesion sepenuh masa sementara sesetengah yang lain mungkin hanya melakukannya sekadar sebagai hobi. Kebebasan individu dan ekspresi kreatif dalam bidang fotografi sangat menarik untuk diceburi. Ianya tidak terhad dan sentiasa ada ruang untuk diterokai. Tidak banyak terdapat di kebanyakan profesion lain.

10. Permintaan yang besar untuk servis fotografi

Industri fotografi semakin meningkat khususnya untuk photographer Kelantan. Ini disebabkan oleh keperluan kandungan sosial media seperti Facebook dan Instagram yang mana menjadi kesukaan untuk dimuatnaik oleh para penggunanya. Setiap tahun pasti ada ribuan pasangan pengantin yang memulakan hidup baru sebagai suami isteri. Mereka pasti mahukan gambar yang cantik dan menarik untuk dikongsikan dengan kenalan mereka.

Leave a Comment