fbpx

Photographer Murah: 7 Perkara Untuk Anda Pertimbangkan

Majlis perkahwinan adalah hari yang bahagia dalam hidup pasangan pengantin yang baru ingin mendirikan rumah tangga. Pelbagai belanja yang perlu dikeluarkan untuk bermacam perkara, termasuklah photographer. Mencari photographer murah untuk perkahwinan selalu dilakukan oleh pengantin lelaki dan perempuan kerana mereka mahu menjimatkan kos yang dikeluarkan bagi keseluruhan majlis. 

Tidak dinafikan, terdapat wedding photographer yang menyediakan khidmat photography pada harga yang rendah. Terdapat banyak yang boleh anda temui. Namun begitu, anda tetap perlu membuat kajian terlebih dahulu dan mempertimbangkan perkara berikut sekiranya jurugambar murah adalah apa yang anda inginkan.

Photographer murah
Gambar oleh CST Production

1. Ketahui Bajet Anda

Bayaran untuk servis jurugambar boleh berbeza-beza bergantung pada kemahiran dan pakej yang ditawarkan. Dan murah yang dimaksudkan juga sangat subjektif, bergantung pada poket anda sendiri. Adakah anda mahukan servis berharga RM500? Adakah photographer berharga RM1,000 sudah cukup murah bagi anda? Atau mungkin lebih lagi daripada itu? Semuanya bergantung pada keadaan kewangan anda sendiri. Apabila sudah ada lingkungan bajet anda, lebih senang untuk anda memilih photographer yang menawarkan servis pada lingkungan harga berkenaan.

2. Kualiti Photographer Murah Bukan Keutamaan Anda

Dalam pasaran yang kompetitif, anda ingin memastikan bahawa jurugambar perkahwinan anda adalah yang terbaik untuk anda. Namun untuk mendapatkan photographer murah, anda semestinya perlu berkompromi dengan kualiti gambar yang dihasilkan. Biasanya beginner photographer akan mula menawarkan servis pada harga yang murah untuk membina portfolio mereka. Hasilnya mungkinlah tidak setanding photographer berpengalaman bertahun-tahun. Namun, seandainya anda rasakan hasil gambar mereka sudah cukup sekadar untuk membolehkan anda menyimpan kenangan hari perkahwinan, tiada masalah untuk berbuat demikian.

Hasil gambar yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi pencahayaan, composition ataupun kamera mahal yang digunakan. Akan tetapi, bergantung juga samada photographer tersebut berkebolehan untuk memberi panduan kepada anda tentang pose yang betul dan menarik semasa di hadapan kamera. Sekiranya anda tidak biasa bergambar, gambar mungkin akan kelihatan sedikit kayu dan awkward, dan di sinilah pentingnya peranan seorang photographer.

3. Anda Tidak Perlukan Album Fizikal

Album perkahwinan adalah pusaka keluarga yang indah dan berharga bagi mengabadikan kenangan selama beberapa dekad selepas hari perkahwinan. Momen-momen terpenting pada hari perkahwinan akan tersemat erat dalam album untuk mengekalkan kenangan itu.

Sungguhpun begitu, banyak juga orang memilih untuk tidak mempunyai album perkahwinan bagi menjimatkan kos perkhidmatan photographer. Bagi mereka, cukuplah sekadar memiliki salinan gambar perkahwinan secara softcopy dan tanpa suntingan. Ada gambar-gambar yang kelihatan profesional untuk dimuatnaik ke dalam Instagram ataupun Facebook pun sudah cukup bagus.

Photographer murah KL
Gambar oleh YaniePedia

4. Membuat Tempahan Photographer Murah Lebih Awal

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah memastikan photographer yang anda mahukan itu berkelapangan pada tarikh yang anda mahukan. Ini penting sekali kerana photographer murah selalunya akan sering dicari oleh pasangan pengantin, terutamanya pada musim perkahwinan seperti ketika cuti sekolah, contohnya. Kalau anda terlambat, alamatnya terpaksalah anda mencari photographer lain sebagai ganti.

5. Tempoh Penggambaran Yang Singkat Sudah Memadai

Perkahwinan merupakan salah satu hari yang paling penting dalam hidup seseorang. Biasanya ia boleh berlangsung selama beberapa jam sehingga satu hari suntuk. Sekiranya anda mencari photographer untuk hari perkahwinan, anda perlu mengambil kira berapa jam yang diperlukan bagi perkhidmatan mereka. Semakin lama photographer bertugas, semakin tinggi kadar servis yang dikenakan.

6. Anda Ingin Peruntukkan Bajet Yang Lebih Pada Perkara Lain

Anda mungkin mahukan satu majlis perkahwinan yang sangat meriah dan istimewa. Namun, bajet yang anda miliki tidak tercapai untuk mengambil khidmat photography yang sangat mahal. Jadi, ketika ini mahu atau tidak, anda akan terpaksa memperuntukkan bajet pada perkara yang lebih penting seperti katering dan pelamin. Photographer murah tetap ada dan boleh anda pilih. Yang penting, ada gambar kenangan untuk anda tatap di hari tua nanti.

Photographer nikah murah
Gambar oleh Meen

7. Anda Lebih Selesa Dengan Perkahwinan Yang Sederhana

Adakah anda termasuk dalam kalangan mereka yang menginginkan perkahwinan yang sederhana? Tidak berbelanja besar? Jika ya, tidak ada sebab untuk anda menghabiskan wang yang banyak untuk khidmat photography yang tidak anda perlukan sama sekali. Ada pasangan pengantin yang merasakan majlis yang kecil sudah cukup bagi mereka tanpa jemputan yang terlalu ramai. Ini boleh menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan. Termasuklah bagi mengupah photographer murah KL, Selangor, Kelantan atau di mana pun anda berada.

Pilihlah dengan bijak

Setiap jurugambar ada kelebihan masing-masing yang tersendiri. Ada yang mahir dalam pekerjaan mereka, ada yang masih banyak perlu belajar. Ada yang bertanya jenis gambar yang anda mahukan, ada yang tangkap gambar mengikut apa yang mereka selesa lakukan. Apa pun, yang penting anda buatlah pilihan dengan bijak supaya gambar-gambar perkahwinan anda berjaya dirakam dengan sebaiknya. Penting sekali untuk dijadikan kenangan di hari tua yang mendatang!

Leave a Comment